26 Feb 2014

Sebab Kenapa Mizz Nina 'Terima Islam' Dan 'Hijab'

Bulan ini 20 Februari 2014, Mizz Nina muncul (live chat) dalam The Deen Show TV. Dalam temubual Islamik ini, The Deen Show TV menemubual Mizz Nina tentang bagaimana Mizz Nina yang sebelum ini hidup sebagai penghibur yang dilimpahi harta dan hiburan, tiba-tiba keluar dari hidup sebegitu yang dikejar ramai orang, seterusnya menemui kebahagiaan sebenar (betul-betul berubah dalam 5-6 bulan sahaja!).

Rupa-rupanya, hidup kerohanian Mizz Nina bermula apabila abangnya tiba-tiba meninggal dunia (lahir dengan jantung berlubang). She is like 'What?', where is my brother now, where did he go? Akibatnya Mizz Nina banyak berfikir tentang tujuan hidup, apa yang telah dia buat, dan apa yang dia akan hadapi.

Mizz Nina Hijab Deen Show

Untungnya, di Malaysia ada universiti Islam, kelas-kelas agama, Mizz Nina banyak belajar dari pengkhutbah yang datang ke KL seperti Mufti Menk, Nouman Ali Khan. Di kursus Heart Theraphy, Mizz Nina belajar persoalan tentang kematian.

- Are you ready to die (Adakah awak bersedia untuk mati) ?
- If you die tomorrow, what would you do in this next 24 hours
- Would you be ready to meet Allah

Mizz Nina Concert

Kalau dulu Mizz Nina pasti keluar dengan jawapan yang tidak bersedia untuk semua soalan diatas. Soalan diatas sangat penting sebab ianya tepat berkaitan realiti kehidupan dan ya! akan ada syurga dan neraka. Jadi Mizz Nina cuba menjawab soalan mati diatas dengan.

- Melihat kehidupan sendiri dengan lebih serius
- Melakukan perkara yang betul menuju ke syurga
- Cuba bersedia untuk bertemu Allah di akhirat

Video Temubual: Malaysian Pop Music Super Star Mizz Nina accepts Islam and Hijab (Youtube)

Mizz Nina Hijab Deen Show

Tentang 'hijab' pula, Mizz Nina mengambil tindakan mudah. Jika ingin melakukan hal ini iaitu 'Menjadi Seorang Islam' baiklah melakukan dengan sebetulnya, iaitu berhijab juga. Ini pesan Mizz Nina kepada sesiapa yang ingin ikut serta (berubah sepertinya).

- Jangan takut
- Lihat apa yang hilang (hubungan dengan Allah)
- Mula menilai hidup ('dimana' anda sekarang / 'siapa' yang cipta semuanya)
- Cuba berhubung (dengan Allah), cuba berhijab, cuba solat 5 waktu
- Ingat Allah lebih sayang orang yang sedang menghadapi kesukaran
- Cuba berkawan bersama orang-orang yang beriman (get influence)
- Cuba membantu kawan-kawan yang selainnya juga (be the influence)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review